Followers

Thursday, 29 December 2011

TAHUKAH ANDA WAJAH KITA PERLU DI BERI RAWATAN SETIAP BULAN??


Umumnya, kita wanita, wanita terutamanya, yang sering terdedah dengan persekitaran yang menjadi punca masalah-masalah pada wajah, seperti kulit berminyak, bintik hitam, bintik putih, jerawat, pori-pori terbuka dan pigmentasi.

Apabila masalah-masalah ini berlaku pada wajah kita, jadi kita perlu membuat rawatan muka sekurang-kurangnya seminggu sekali. Setiap hari, kita perlu mencuci muka 2 kali sehari. Sekadar mencuci muka sebenarnya tidak cukup untuk menghilangkan kotoran yang terlekat pada kulit kita setelah sekian lama. Jadi kita perlu menjalani rawatan muka.

Wajah kita pula terdapat berbagai jenis. Ada yang jenis berminyak, jenis kering, jenis kombinasi dan jenis sensitif. Setiap jenis wajah memerlukan rawatan yang berbeza. Kulit yang kering memerlukan pencuci dengan kadar kelembapan yang tinggi berbanding kulit yang jenis berminyak. Bahan dalam pencuci untuk kulit sensitif perlu lembut dan tidak mempunyai bahan yang boleh merengsakan kulit. Kulit berminyak digalakan dicuci dengan pencuci yang berbentuk gel. 

Rawatan muka atau sepertimana kata orang sekarang, facial, perlu dibuat sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kulit yang bermasalah perlu menjalani facial seminggu sekali.

Rawatan muka bertujuan untuk membuang segala kotoran yang terlekat pada kulit wajah akibat pencemaran dan solekan yang tidak dapat dibersihkan dengan sempurna bagi mengelakkan masalah-masalah seperti bintik hitam, bintik putih, jerawat dan sebagainya akan timbul.

Produk juga memainkan peranan yang penting untuk rawatan muka yang baik. Produk yang menggunakan bahan kimia yang banyak lama-kelamaan akan menimbulkan masalah pada kulit. Tentukan produk yang sesuai dengan jenis kulit sebelum menjalani rawatan muka atau membeli produk untuk kegunaan harian.

Produk asas yang perlu ada sebagai kegunaan harian adalah pencuci, penyegar dan pelembab. Produk tambahan pula adalah skrub, masker, krim mata, penanggal solekan, kawalan jerawat (untuk kulit berjerawat), rawatan tompokan (untuk menghilangkan parut), Serum pembaikan (untuk anti-penuaan) dan lain-lain yang dirasakan perlu termasuk losyen penghalang sinaran uv yang berbahaya kepada kulit kita.

Dengan persekitaran kerja dan udara yang semakin tidak sihat masa kini, wajarlah kita menjaga kulit wajah, menjalani rawatan wajah dan melindungi sebaiknya. Bagi saya, senang saja. Mencegah lebih baik dari mengubati. Atau anda mahu kelihatan tua sebelum masa?

Walaupun anda bekerja ditempat yang redup dan menggunakan pendingin udara, tidak bermaksud kulit anda terlindung sepenuhnya. Pendingin udara sebenarnya mengeringkan kulit muka dan menjadikan kulit anda cepat berkedut sebelum waktu. Alangkah bahayanya jika kulit wajah kita tidak dilindungi sepenuhnya.

Jadi, amalan harian yang perlu anda lakukan adalah, pencuci, penyegar dan pelembab. Sementara yang perlu anda lakukan 2 kali seminggu semua yang asas termasuk skrub dan mask. Jika anda sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan, jadikan ini sebagai amalan anda. Di samping mengambil makanan dan suplimen yang tubuh anda perlukan. Insya Allah. Anda akan lebih kelihatan sihat dan meyakinkan.

Sekian dulu. Ingat ya, no woman are born ugly, they only can be lazy. 

WANITA SANGGUP MENGHABISKAN WANG SEBANYAK RM2000 UNTUK KECANTIKAN


WANITA dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Rentetan itu membuatkan wanita di seluruh negara taksub untuk mencari alternatif bagi memastikan diri tampil jelita.
Justeru, tidak hairanlah berikutan obses kepada kecantikan, produk kosmetik menjadi tumpuan utama.
Persoalannya, sejauh mana wanita Malaysia sanggup berbelanja besar bagi tujuan itu dan apa pandangan mereka terhadap produk kosmetik.
Ikuti laporan wartawan Utusan Malaysia, FAZRINA AYU RADUIAN dan jurugambar, MUHAMAD IQBAL ROSLI mengenai isu produk kosmetik berkenaan.
KUALA LUMPUR 25 Dis. – Demi untuk tampil cantik, wanita Malaysia dikatakan sanggup berhabis sehingga RM2,000 setiap bulan semata-mata untuk membeli produk kosmetik pelbagai jenama yang terdapat di pasaran.
Jika tidak, masakan rakyat negara ini diunjur sanggup berbelanja sehingga AS$1.1 bilion (RM3.42 bilion) tahun lalu hanya untuk membeli produk kosmetik dan kecantikan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Kuala Lumpur mendapati, kebanyakan wanita berumur 18 hingga 30 tahun yang ditemui, pasti memakai produk kosmetik sekurang-kurangnya bahan asas seperti bedak kompak, gincu, pembayang mata atau pemerah pipi.
Perbelanjaan ini tidak mencakupi perbelanjaan lain seperti pakaian, produk penjagaan kulit, rambut dan penjagaan kesihatan.
PROMOSI UNTUK PARA WANITA YANG INGIN CANTIK DAN MENAWAN...DAPATKAN SEGERA!!
PRODUK PALING JIMAT DAN PALING MURAH DI PASARAN KAMI....
KETERANGAN LANJUT SILA KLIK GAMBAR DI BAWAH INI...




PETUA RAWAT JERAWAT DI WAJAH ANDA

Bagi sesiapa yang ada jerawat, boleh cuba amalkan petua-petua di bawah. Semoga bermanfaat. InsyaAllah berkesan. Namun andai ada sahabat doktor atau pelajar perubatan atau sesiapa sahaja yang ingin kongsikan ilmu mereka berkenaan petua ini, dipersilakan.

Petua 1 

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 2 

Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . InsyaAllah , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua 3 

Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .

Petua 4 

Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .

Petua 5 

Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .

Petua 6 

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 7 

Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Petua 8 

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .
Petua 9 

Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 10 

Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .

Petua 11 


Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah .

Petua 12 


Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan jerawat akan kering dan pupus .

Petua 13 


Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .

Petua 14 

Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan 3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.

Petua 15 

Gunakan uncang Teh -Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum air rendaman teh ini, uncang nyer jangan dibuang. -Ambil uncang teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke jerawat. -Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh ler muka tu.

Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah....

UNTUK LEBIH POWER DAN BERKESAN ANDA BOLEH MENGUNAKAN PRODUK ZARRAZ PARAMEDICAL KAMI...Klik pada gambar di bawah ini...




Wednesday, 28 December 2011

TIPS MENGURANGKAN MINYAK DI WAJAH


Kulit Berminyak

Kulit berminyak akan mengundang jerawat. Jerawat disebabkan oleh inflamasi kelenjar sebum. Munculnya jerawat adalah disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Faktor-faktor lain yang sering dikaitkan dengan kehadirannya adalah keturunan, bakteria, tekanan psikologi yang keterlaluan/stress, dan cuaca. Kulit yng terdedah dengan bahan kimia tertentu mungkin merangsang munculnya jerawat. Untuk mencegahnya:
  • Kurangkan makanan berminyak
  • Minum air dengan banyak setiap hari
  • Sentiasa mencuci muka terutamanya selepas di luar, setidak-tidaknya, lapkan muka dan leher anda dengan kain/tisu lembap.
  • Jika anda menggunakan losyen muka, pastikan ianya bukan dari jenis berminyak tapi berasaskan air. Elakkan yang mengandungi 'mineral oil'.
  • Pastikan anda membersihkan solekan anda setiap hari dengan make-up remover yang bersesuaian.
KETERANGAN LANJUT KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI...



PUNCA JERAWAT TUMBUH BERULANG KALI



Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit.  Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak berjerawat.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK KETERANGAN LANJUT


KESAN BURUK AKIBAT CAHAYA MATAHARI

Apakah akibatnya pada kulit jika kulit terlalu terdedah pada cahaya matahari ?
Tahukah anda terlalu mendedahkan diri kepada cahaya ultraviolet akan menyebabkan struktur sel kulit rosak dan masalah fizikal yang lain seperti barah kulit.
Cahaya UVA dan UVB akan akan menghasilkan sel melanin yang akan mengakibatkan kulit menjadi ‘’gelap’’ seperti yang kita lihat. Apa yang kita tidak dapat lihat ialah ia dapat meningkatkan aktiviti radikal bebas dimana akan memecahkan blok dalaman kulit dan memusnahkan kolagen, perantaraan tisu kulit yang ditugaskan untuk mengekallkan sokongan dan elastik kulit.
UVA adalah cahaya ultraviolet yang lebih merosakkan kulit berbanding UVB. UVA bertanggungjawab untuk memberi kanser kulit dan kerosakan kulit yang teruk seperti kedutan, dan masalah pigmentasi.
Suncare yang baik akan memberi perlindungan yang menyeluruh ( melindungi UVA dan UVB ).
Pada usia berapa anda layak memakai Aesthethic4skin ?
Jika anda telah berumur 18 tahun,bermakna 80% kulit anda dapat menerima pendedahan daripada cahaya matahari. Oleh yang demikian,pakailah Aesthetic4skin kami bagi meggelakkan risiko “ sesetengah kanser kulit ‘’.
UNTUK MENDAPATKAN PRODUK TERSEBUT,SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI....






KULIT TIDAK SEKATA ? apakah sebabnya dan langkah harus dilakukan.?




What cause uneven skin tone.


3 penyebab apakah sebab terjadinya kulit tidak sekata.


1. Sinaran cahaya matahari : Apabila kulit selalu terdedah kepada cahaya UV,terjadinya kemusnahan pada kulit maka Pembentukan tompok coklat akan terjadi. Ini kerana terlalu banyak melanin ( sel yang mengawal warna kulit ) terhasil kerana kulit bertindakbalas untuk melindungi kulit daripada cahaya UV. 


2. Kulit tidak sekata apabila sesetengah bahagian pada kulit menjadi lebih gelap daripada warna yang asal. Ini disebabkan oleh parut akibat jerawat atau kulit yang luka. 


3. Hormon : Kulit tidak sekata juga disebabkan oleh hormo yang mengeluarkan jeragat yangaktif (hyper-pigmentation) . Selalunya kulit tidak sekata ini terjadi kepada orang yangmengandung. Dimana ia juga dikenali sebagai ‘’mask of pregnancy’’ , mengambil ubat pil kehamilan,ubat ,ataupun reaksi kepada kosmetik. Ia boleh mengurang atau melebihkan pengeluaran melanin. 


POTENSI PIGMENTASI : 75% - orang yang mengandung. 33% - ubat pil perancang. Tetapi apabila setelah bersalin dan tidak mengambil ubat pil perancang lagi,hormon kita akan berubah. Pigmentasi akan berkurangan atau sesetengahnya pigmentasi terus akan hilang. 


4. Tidak memakai krim pelindung tabir ( sunscreen) yang tidak cukup SPF juga akan menyebabkan sesetengah bahagian kulit berisiko menjadikan kulit lebih gelap dari kulit asal. 


5. Selalunya orang hanya memakai sunscreen apabila ingin keluar rumah sahaja. Tetapi apabila di rumah,telah membiarkan muka tanpa pakai apa-apa perlindungan. Maka cahaya matahari masih boleh terpancar melalui ruang dapur,balkoni. Kulit tetap akan jadi tidak sekata. 


6. Bawah mata selalu terjadinya warna tidak sekata ini. Ini kerana selalunya terjadi kepada sesiapa yang selalu tidur lewat,dan memandang computer dalam jangka masa yang lama. Pembentukan toksin akan terbentuk dan terkumpul hinggak terjadi nya dark eye ring. 


PENYELESAIAN BAGI KULIT TIDAK SEKATA IAITU: 


1. Elakkan berada di luar rumah terlalu lama terutamanya di bawah pancaran matahari di antara pukul 10 pagi hingga 4 petang kerana cahaya matahari pada waktu ini akan memberi kesan buruk pada kulit. 


2. Gunakan krim pelindung terutamanya yang mempunya SPF 30 atau lebih pada wajah. Sapukan krim sekurang-kurangnya setiap dua jam pada wajah atau bahagian tubuh lain yang terdedah pada sinaran matahari. 


3. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. 


4. Pakailah pelindung kepala lebar seperti topi besar atau payung (sekiranya kulit terdedah lebih lama kepada matahari) dan berehatlah di tempat yang teduh untuk satu-satu tempoh memadai. 


5. Cuba elakkan membuat jemuran kain di kawasan yang terlalu trdedah pada pancaran matahari. Jika tidak dapat dielakkan, jemurlah pakaian anda sebelum jam 10 pagi.


6. Sentiasa membersihkan kulit wajah dan melembapkannya 1 hari untuk 2 kali. 


7. Scrub lah muka anda dari semasa ke semasa . ( anda boleh menggunakan lemon + coffee ) untuk menghilangkan warna tidak sekata ini. 


8. Sapukan buah lemon yang segar pada tempat kulit yang gelap tetapi berhati-hatilah supaya cuci sebelum keluar di bawah cahaya matahari. 


9. Gunakanlah ( apple cider vinegar) iaitu cuka epal keatas bahagian yang gelap itu. 


Caranya : 


1 BAHAGIAN CUKA EPAL + 4 BHGN AIR. 


Celupkan dengan kapas dan sapu pada wajah selama 10 minit,dan bolehlah di cuci. Buatlah selama 3 hari seminggu Tetapi jika anda tidak mempunyai masalah jerawat atau jerawat telah pulih,bolehlah cara ini digunakan sebagai mask. Guna sebelum tidur dan basuh selepas bangun pagi. 


Pigmentasi : campurkan jus bawang bersama cuka epal. Kemudian celup padakapas dan letak pada kawasan pigmentasi itu. Lakukan 1 kali sehari selama 6 minggu. Jika anda lihat ada perubahan,maka boleh diteruskan cara ini. 


10. Banyak makankan buah epal. Kerana epal dapat membantu. 


11. Mengambil makanan tambahan seperti vitamin. 


BAHAGIAN KULIT WAJAH YANG SERING KALI TERKENA KULIT TIDAK SEKATA . : 


1. Sekeliling tepi mulut. 


2. Bawah mata 


3. Sekitar pipi ( atas cheekbone) –pigmentasi / tompok coklat.


4. Dagu 


5. Dahi. Jika lama –kelamaan dibiarkan,setiap bahagian ini boleh bercantum menjadi 1 patch ( gabungan).


KETERANGAN LANJUT SILA KLIK PADA GAMBAR DI BAWAH INI..


Tuesday, 27 December 2011

AWAS...BAHAYA HYDROKUINON DAN MERKURI DALAM PRODUK KECANTIKAN

Assalamualikum….

Salam sejahtera buat semua pengunjung blog pakar kecantikan
Kepada anda yang sedang mengguinakn produk dari kami moga anda mendapat tahap kesihatan dan kecantikan yang anda harapkan…
Harini ini saya iongin membongkar satu tajuk yang amat-amat penting buaty semua pengguna produk kecantikan dan kesihatan…
Semua dari kita ingat dapat kulit yang cantik,bersih,gebu dan licin kan?? Semestinya wanita selalu memilih produk pencerahan atau pemutihan kulit. tidak salah..tetapi harus berhati-hati ya. kerana sesetengah bahan produk ini mempunyai bahan yang merbahaya iaitu hydrokuinon dan merkuri.
SEJARAH MERKURI
Sejarah merkuri telah digunakan di dalam krim peluntur dan sabun pada zaman awal 1900. Ia digunakan di dalam kosmetik semata-mata untuk mendapatkan kulit yang cerah dalam jangka masa pendek Keracunan merkuri dapat menyebabkan :

a. kerosakan sistem saraf
b. kerosakan ginjal dan paru-paru
c. cacat mental bagi bayi ( ibu yg mengandung )
Pada tahun 2010,kerajaan telah mengharamkan kemasukan 23 jenis produk pemutihan kulit yang mengandungi bahan merkuri.

KESAN MERKURI PADA KULIT WAJAH 
Kulit akan mengelupas, di mana ia menukar warna kulit semakin pudar dan kulit akan bertukar menjadi kelabu.


Ia sangat bahaya pada kesihatan. Kerana ingin cantikkan kulit,masalah kesihatan pula yang akan menganggu. Tahukah anda,merkuri boleh menyebabkan masalah :
a. Perpeluhan luar biasa.
b.dengupan jantung semakin laju.
c. Tekanan darah tinggi.
d. Mental bayi yang dikandung ibu akan terjejas. Kerana bahan merkuri boleh dipindahkan pada air susu.
Apa Itu HYDROKUINON ACID ?

Iaitu sejenis persediaan bahan kimia yang boleh didapati dalam kosmetik.
Penggunaannya akan membunuh sel melanocytes,sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin

untuk itu,kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.
TETAPI, ia akan merosakkan kulit jika digunakan dalam jangka masa yang panjang.

KESAN BURUK HYDROKUINON ACID.


pemakainan produk merbahaya ini akan menghakiskan kulit,justeru cahaya matahari boleh terusan masuk pada kulit benar. (dermis) . Di dalam kulit dermis,terdapat sel melacnoctyes yang menghasilkan warna kulit iaitu melanin. kulit akan gelap,bertompok-tompok dan jeragat akan tumbuh jika berhenti menggunakan hydrokuinon. APAKAH SEBABNYA ??
- Ini kerana produksi melanin kulit telah terganggu. ia menipiskan melanin yang sepatutnya ada. Kulit putih tak selamanya cerah. Ia akan kembali kepada kulit sebenar seseorang
APAKAH KESAN LAIN BAGI KEGUNAAN HYDROKUINON ?


- Ia merupakan bleaching cream dimana akan menjadikan kulit sensitif dan semakin nipis. Apabila berhenti pemakaiannya,kulit akan jadi seperti sedia kala. oleh itu selalunya pengguna yang telah terjebak memakai hydrokuinon ini,akan tidak dapat berhenti. kerana kulit akan mula menjadi kusam,gelap dan pigmentasi akan muncul lebih banyak.

Gambar di bawah menunjukkan  KESAN PENGGUNAAN HYDROQUINON ACID DI DALAM PRODUK PEMUTIHAN. Proses untuk mendapatkan kulit yang putih,kulit akan mengelupas dahulu. Terasa terbakar,kulit luka dan sangat pedih…



JIKA ANDA TIDAK MAHU WAJAH ANDA JADI BERGINI BERTINDAKLAH SEKARANG!!SEBELUM PASANGAN ANDA LARI MENINGGALKAN ANDA...



PUNCA JERAGAT YANG KRITIKAL

Assalamualaikum…
Salam sejahtera buat semua pengunjung ZARRAZ PARAMEDICAL
Semoga anda sihat dan ceria selalu walau di mana jua anda berada..
http://www.natural-supplements-guide.com/images/melasma.jpg
Pada malam tadi saya berjumpa dengan seorang pakar kecantikan..pertemuan saya tidak dirancang …
Bagaimana saya bertemu dengan pakar kecantikan wajah ini…???
Sewaktu saya nak isi minyak kereta di petronas, saya lihat ada seorang wanita turun sari kereta denagn kereta mewah…kulitnya amat-amat cantik..
Jadi saya pun bertanya,apa yang cik pakai pada wajah cik…dia pun menerangkan beliau ada menggunakan produk kecantikan dan beliau juga mempunyai Spa sendiri.
Jadi saya pun memperkenal diri saya…saya cerita yang customer saya rata-rata mempunyai masalah jeragat dan parut jerawat..saya bertanyakan beliau apa punca jeragat ini…
PUNCA JERAGAT
1. Sinaran UVV di mana kulit kita terdedah kepada sinaran matahari yang boleh menggelap dan membakar kulit serta membawa kanser kulit..
2. Tidak membersihkan make up…ada di kalangan wanita yang selepas balik kerja tidak embersihkan alat solek di wajah mereka membuatkan segala bahan kimia dalam aalat solek meresap ke dalam kulit dan mendap ke bawah lapisan yang menyebabkan kulit kilat berisiko mendapat jeragat
3. Ramai wanita tidak mempunyai pelindung sewaktu di dalam rumah..contoh ketika masak kita terdedah kepada haba api dapur..bayangkan setiap hari kita masak…lama kelamaan sel kulit akan rosak..jadi wanita perlukan pelindung walau di dalam rumah
4. Kolegen yang makin hilang di dalam pipi membuatkan ia tidak bermaya dan berkedut. Ini di sebabkan bahan kimia seperti asap kereta,rokok dan alat solek
5. Kandungan bahan kimia yang merbahaya seperti MERKURI dan HYDROKUINON ACID
Ramai di kalangan kita yang mencecah umur 35 ke atas kerapa mendapat masalah jeragat atau pigmentation..
Oleh itu saya syorkan anda mengambil ZARRAZ PARAMEDICAL


KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

MaleHerbs