Followers

Tuesday 3 January 2012

Stress dan Kesan Kepada Jerawat...

Seperti anggota-anggota badan anda yang lain, kulit anda juga boleh berada pada tahap yang kurang sihat kesan daripada  stress. Jika anda menghidapi jerawat stress, anda pasti boleh mengenalpastinya dengan sendiri. Jerawat boleh tumbuh dengan tiba-tiba bila anda rasa diri anda tertekan. Jerawat seperti ini sebenarnya tidak boleh hanya dirawat di permukaan tetapi juga perlu dirawat secara menyeluruh – menumpukan kepada keseluruhan sistem dalam badan anda, bukan dengan merawat pada tempat yang berjerawat.
Kesan Stress Kepada Sistem Imun Anda
Anda pasti sedia maklum yang jika anda mempunyai tahap stress yang tinggi, radang pada kulit anda juga akan tinggi. Radang inilah yang menjadi punca utama berlakunya pertumbuhan jerawat selain minyak yang terkumpul pada liang roma kulit. Tahap stress anda juga menyebabkan berlakunya radang pada kulit di seluruh anggota kulit anda.
Bila anda berada dalam keadaan stress, tubuh anda akan merembeskan hormon-hormon stress termasuklah kortisol. Hormon-hormon ini akan mengalir ke seluruh tubuh anda melalui saluran darah dan mengarahkan pembuluh-pembuluh darah di bawah permukaan kulit untuk mengembang dan meningkatkan tekanan darah anda. Respon sistem imun anda kepada perubahan-perubahan inilah yang membuatkan anda lebih bersedia menghadapi stress.

Jangan biarkan diri anda stress begini!
Tetapi jika anda menghidapi stress pada tahap yang kronik, ia tidak boleh dihilangkan dengan bergantung kepada sistem imun badan. Kronik maksudnya hormon-hormon stress anda dirembeskan secara berterusan atau tanpa henti. Salah satu kesan buruk yang terjadi daripada stress yang berterusan ialah sistem imun anda akan bekerja tanpa henti seperti sedang mengawal dan mempertahankan tubuh badan anda dari serangan penyakit atau bendasing dari luar badan. Jika sistem imun anda digunakan berlebihan sewaktu stress, ia juga akan menyebabkan berlakunya radang pada kulit anda.

Bagaimana Anda Boleh Mengawal Stress?
Gaya hidup bukanlah penyebab berlakunya pertumbuhan jerawat tetapi bagaimana anda menjalani kehidupan anda yang menyebabkan diri anda ditumbuhi jerawat sama ada jerawat biasa atau kronik. Sebab itulah anda harus faham tentang faktor-faktor persekitaran yang boleh menyebabkan berlakunya jerawat pada kulit, belakang dan tengkuk anda.

Kerjaya
Kerjaya anda boleh menjadi punca kulit anda menghidapi stress yang tinggi. Kulit anda pula akan menyerap 60% dari apa yang menyentuhnya. Ini bermaksud, apa sahaja yang bersentuhan dengan kulit anda seharian boleh memberi kesan yang besar ke atas kulit terutama bahan-bahan yang boleh menyumbatkan liang roma anda seperti persekitaran berhabuk, berminyak, kilang-kilang pembuatan dan sebagainya. Walaupun ia tidak menyebabkan berlakunya jerawat secara langsung tetapi ia boleh memburukkan lagi keadaan kulit yang berjerawat.

Tidur

Tidur yang lena dan mencukupi menghasilkan kulit yang cantik.

Pakar-pakar kesihatan sangat menyarankan untuk kita berehat atau tidur bagi mengurangkan atau menghilangkan stress. Percaya atau tidak, jika anda tidur dengan cukup waktu malam, kulit anda akan menjadi lebih bertenaga. Kenapa? Tubuh badan yang sihat dan mempunyai rehat yang cukup menjana sistem imun menjadi lebih kuat. Sistem imun ini kemudiannya boleh melawan pembentukan jerawat bila ia berlaku dan membolehkan anda merawat jerawat dengan mudah.

Oleh itu, stress dan masalah jerawat memang berkaitan dan terjadi akibat daripada kesan kimia yang berlaku dalam tubuh kita. Bila anda tertekan, kelenjar adrenalin anda akan mula bekerja dan memenuhkan saluran darah anda dengan hormon korsitol dan mengaktifkan kelenjar peluh. Kesannya? Kulit akan menjadi lebih berminyak, liang roma akan tersumbat dan bakteria akan mula terkumpul lalu menjadikan kulit anda berjerawat.

No comments:

Post a Comment

KLIK PADA BANNER UNTUK INFO TERKINI

MaleHerbs